Pakej Peranti dan Remaja Keluarga Malaysia ini adalah inisiatif Digi bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menyediakan sambungan 4G kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pakej Peranti Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif yang membolehkan semua warganegara Malaysia untuk memiliki/menaik taraf peranti mudah alih terpilih yang bertaraf 4G VoLTE secara percuma.
Tawaran sah sehingga 31 Oktober 2022.
Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian serta mempertingkatkan produktiviti.
Untuk pelanggan 21 tahun & ke bawah sahaja. Tertakluk kepada pelan-pelan Prepaid yang tertentu.