
Strim video HD dengan kuota 555GB pada RM5/3hari
Meriahkan Raya tahun ini dengan Pas Video HD!
Strim filem dan rancangan kegemaran dengan kuota khas 555GB. Pas ini terbuka kepada pelanggan Digi Prepaid dan Postpaid, hanya pada RM5 dengan tempoh sah 3 hari. Kuota pas ini tiada had kelajuan, dan hanya boleh digunakan dengan aplikasi Netflix, YouTube, YouTube Kids, YouTube Gaming, Viu dan Dailymotion. Kuota pas ini juga ini tidak boleh dikongsi. Dapatkan Pas Video HD sekarang melalui laman web Digi atau aplikasi MyDigi, dengan langkah-langkah berikut.
Langkah Pembelian:
(a) Digi Store Online
Langkah 1: Layari Digi Store Online dan klik “Get Add-Ons”.
Langkah 2: Masukkan nombor telefon anda dan lengkapkan proses pengesahan TAC.
Langkah 3: Pilih “HD Video Pass” di bawah bahagian Booster.
Langkah 4: Lengkapkan pembayaran di nikmati Pas Video HD anda.
(b) Aplikasi MyDigi
Langkah 1: Layari laman “Usage” di aplikasi MyDigi App & klik “Buy Add-Ons”
Langkah 2: Pilih “HD Video Pass”, sahkan pembayaran dan nikmati Pas Video HD anda.
Kelayakan Pas Video HD
Pas Video HD boleh dibeli oleh semua pengguna Digi Postpaid dan Prepaid, kecuali pelanggan Pelan Gaming RDY.
Sila rujuk pada terma & syarat untuk senarai penuh pelan yang layak.
Meet the Contributors






