Merah Kuning, lagu ikonik yang dikenali ramai, lagu yang menyatukan semua peminat Selangor FC di seluruh negara sejak dilancarkan 32 tahun yang lalu. Setelah sekian lamanya, kini kami telah memberikannya nafas baru penuh dengan semangat dan cinta, menjadikannya lebih relevan kepada peminat-peminat kita hari ini.
Nantikan lagu Merah Kuning musim ini yang akan kuat bergema dalam perjuangan pasukan RedGiants!
Video ini juga merakamkan detik-detik kenangan lalu pemain-pemain kami, perlawanan-perlawanan sengit yang ditempuhi dan yang paling penting, peminat kami yang teguh di sisi kami sepanjang perjuangan ini.
Kejayaan Gergasi Merah hari ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan anda. Tahun 2022 merupakan tahun jatuh bangun dan kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesetiaan anda kepada pasukan.
Rebut peluang untuk memenangi jersi SFC EDISI TERHAD yang istimewa, ditandatangani sepenuhnya oleh pemain Gergasi Merah. Dapatkan jersi salah satu pasukan terhebat di Malaysia hari ini!
Ayuh, teruskan sokongan anda buat SFC untuk Piala Malaysia 2022! SMS kami sekarang untuk menunjukkan sokongan anda kepada Gergasi Merah dan terima ganjaran selepas setiap perlawanan.
Ingin beraksi di stadium sama pasukan kegemaran anda bermain? Inilah peluang anda untuk menunjukkan skil di padang kami!
3 peminat bertuah akan berpeluang menunjukkan skil jaringan di padang Stadium hari perlawanan tuan rumah untuk MENANG iPhone 13!
Untuk menunjukkan sokongan kami kepada pasukan dan peminat SFC, Digi ingin memberi anda ganjaran untuk meraikan setiap perlawanan Selangor FC di Liga Super. SMS kami sekarang dan sorakan untuk Red Giants!