Membantu pelajar B40kini lebih mudah dengan perkhidmatan kutipan percuma #MYBaikHati Digi yang diperluaskan

Home
Press Release
September 6, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Membantu pelajar B40kini lebih mudah dengan perkhidmatan kutipan percuma #MYBaikHati Digi yang diperluaskan

 

SUBANG JAYA, 6 SEPTEMBER 2021 – Kempen #MYBaikHati Digi Telecommunications Sdn Bhd(“Digi”) kini menawarkan perkhidmatan kutipan peranti di seluruh Semenanjung Malaysia, sekaligus memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyumbangkan peranti mereka yang tidak lagi digunakan kepada pelajar yang memerlukannya.

 

#MYBaikHati adalah insiatif berterusan yang mengumpulkan telefon pintar, tablet dan komputer riba untuk digunakans emula serta diedarkan kepada pelajar B40. Inisiatif ini bertujuan menyokong pelajar daripada isi rumah B40 dengan keperluan pembelajaran dalam talian kerana pembelajaran maya mungkin akan berterusan dalam lanskap pendidikan.

 

Cara yang selamat dan mudah untuk menyumbang

Perkhidmatan kutipan percuma ini adalah mudah dan selamat bagi penderma di samping memastikan pelajar yang layak dapat menerima peranti secepat mungkin. Pihak yang berminat boleh menggunakan perkhidmatan ini dan menyumbangkan peranti berteknologi 4G dengan cara:

·      Langkah 1: Layari laman web #MYBaikHati untuk mendaftarkan sumbangan anda

·      Langkah 2: Lengkapkan butiran anda dan muat naik gambar peranti

Peranti yang diterima untuk sumbangan adalah telefon pintar, tablet berteknologi 4G, komputer riba serta Chromebook dengan sistem operasi Windows 8 dan ke atas. Peranti mestilah masih berfungsi, tidak mempunyai kerosakan yang besar dan lebih baik sekiranya disertakan sekali dengan pengecas.

 

Digi akan lakukan yang selebihnya!

Setelah mendaftar, kakitangan Digi akan menghubungi penderma dalam tempoh seminggu untuk mengatur perkhidmatan kutipan. Penderma di Lembah Klang juga boleh menyerahkan peranti di Digi Store Klang atau Cheras.

 

Selepas penyerahan, peranti akan dinilai, diperbaharui dan seterusnya diedarkan kepada pelajar B40 yang layak di Pusat Internet Komuniti (PIK) Digi yang terpilih.

 

Pelbagai bantuan lain untuk pelajar disediakan oleh Digi

Digi juga mempunyai pelbagai tawaran sambunganyang menyokong keperluan pembelajaran dalam talian pada masa ini, antaranya:

·       Subsidi Jaringan PRIHATIN dengan rebat RM180 untuk pelan prabayar dan pascabayar atau subsidi peranti RM300.

·       Pakej Data Khas Belia yang dilengkapi internet berkelajuan tinggi 15GB dengan hanya RM20 sebulan, boleh didapati hingga 31Oktober 2021.

·       Tawaran Gemilang dengan lebih tawaran yang berpatutan untuk memiliki telefon pintar daripada harga serendah RM1.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen#MYBaikHati, layari www.digi.com.my/yellow-heart/MyBaikHati.