Digi sumbang RM620,000 untuk sokong keperluan perubatan dan vaksinasi semasa di seluruh negara

Home
Press Release
September 27, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Digisumbang RM620,000 untuk sokong keperluan perubatan dan vaksinasi semasa diseluruh negara

SUBANG JAYA, 27 September 2021 – DigiTelecommunications Sdn Bhd (Digi) telah menyumbangkan RM620,000 kepada MERCYMalaysia untuk membantu inisiatif pemulihan COVID-19 yang dilaksanakan di seluruh negara. Ia merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM1 juta yang disalurkan kepada MERCY Malaysia dibawah kerjasama dua tahun yang dimeterai sejak pandemik melanda.

Sumbangan fasa kedua ini akan dimanfaatkan untuk pembelian peralatan dan bekalan perubatan seperti set peralatan pelindungan diri (PPE), alat pernafasan dan keperluan Unit Rawatan Rapi untuk hospital awam. Selain itu, sumbangan ini juga akan digunakan untuk melancarkan usaha vaksinasi dari rumah ke rumah yang difokuskan pada orang kurang upaya(OKU), mereka yang berada di luar bandar dan kawasan terpencil serta golongan gelandangan.

 

Ketua Bahagian Kelestarian Digi, Philip Ling berkata bahawa komitmen Yellow Heart Digi adalah untuk mendorong ke arah memaksimumkan impak positif dalam masyarakat melalui kerjasama yang kukuh dan berterusan.

 

“Jutaan rakyat Malaysia telah meletakkan kepercayaan terhadap kami untuk memenuhi keperluan digital harian mereka, maka Digi menggalas tanggungjawab sosial untuk berbakti kepada negara dan menyokong rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemikini. Kami telah melihat usaha-usaha MERCY Malaysia dalam menjalankan pelbagai inisiatif bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat di seluruh negara, justeru itu kami berbesar hati dapat berkerjasama dalam memerangi COVID-19,” kata Philip.

 

Kerjasama dengan MERCYMalaysia ini adalah usaha industri di bawah rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) atau GDRN untuk membantu Kementerian Kesihatan memerangi COVID-19. Terdahulu, sumbangan fasa pertama sebanyak RM250,000 telah disalurkan terhadap usaha bantuan COVID-19 di Sabah dalam menyediakan PPE dan bekalan perubatan buat petugas barisan hadapan, serta kit ujian untuk melakukan ujian calitan pada komuniti yang terjejas.

 

Memahami akan kepentingan kesalinghubungan dalam mengharungi  masa sebegini, Digi juga telah memberi sokongan kepada petugas kesihatan untuk kekal berhubung dengan menyediakan peranti serta pelan mudah alih bagi pengesanan kontak, penilaian maya dan kaunseling jarak jauh dengan pesakit. Selain itu, Digi juga terus memastikan liputan rangkaian yang baik di lokasi penting seperti hospital, pusat kuarantin, pusat vaksinasi dan kawasan perumahan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai komitmen Yellow Heart Digi, layari https://www.digi.com.my/sustainability-yellow-heart