Digi melancarkan kempen JomFibre dengan lebih penjimatan

Home
Press Release
September 14, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Digi melancarkan kempen JomFibre dengan lebih penjimatan

SUBANG JAYA, 14 September 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini melancarkan kempen JomFibre di seluruh negara untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap akses internet berkelajuan tinggi bila mana rakyat Malaysia terus bekerja dan belajar dari rumah. Bermula dari sekarang sehingga 30 November 2021, kempen ini menawarkan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan pelan fiber pantas dan tanpa had Digi dengan nilai terhebat beserta penjimatan sehingga RM1,200[1].

 

“Sebilangan besar daripada kita telah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu dan sangat bergantung pada penggunaan internet di rumah untuk kekal berhubung. Industri secara keseluruhan juga telah menyaksikan lonjakan dalam penggunaan internet sejak tahun lalu apabila beberapa perintah pergerakan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk beralih ke dalam talian. Justeru itu, kempen JomFibre ini merupakan inisiatif kami untuk terus membawakan internet berkelajuan tinggi dengan harga berpatutan kepada lebih banyak isi rumah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” kata Praveen Rajan, Ketua Pegawai Pemasaran Digi.

 

Kelajuan Lebih Pantas,Penjimatan Tambahan dengan Kempen JomFibre

 

·      DigiFibre 150 (DF150) – Promosi DF150 kini telah dilanjutkan sehingga 30 November 2021 yang menawarkan nilai hebat untuk pelanggan dengan data tanpa had pada kelajuan tinggi sehingga 300Mbps.Pelan ini boleh didapati dengan harga serendah RM100[2]sebulan apabila digunakan bersama pelan Digi Postpaid yang layak. Pelanggan juga boleh menggabungkan akaun pascabayar dan fiber mereka dalam satu bil, untuk memudahkan pengurusan komitmen serta bayaran bulanan.

 

·      DigiFibre 190 (DF190) dan Digi Fibre 270 (DF270) – Pelanggan Digi Postpaid 60 dan ke atas akan secara automatik menerima rebat RM20 seumur hidup apabila mereka melanggan DF190 untuk 500Mbps atau DF270 untuk 800 Mbps. Buat masa terhad sahaja, pelan DF190 dan DF270 kini boleh didapati dengan harga serendah RM140dan RM220 sebulan apabila digunakan bersama pelan Digi Postpaid yang layak.

 

·      Baucar Monitor Pintar Samsung bernilai RM150 – Pelanggan yang mendaftar untuk pelan DF150dan ke atas semasa kempen ini akan menerima baucar Monitor Pintar Samsung bernilai RM150. Terhad kepada 2,000 pelanggan pertama yang mendaftar melalui Digi Store Online, Digi Store atau Digi Store Express, baucar ini boleh ditebus melalui aplikasi MyDigi.

 

·      Peraduan#JomFibre – Peraduan mingguan di platform media sosial rasmi Digi, Facebook dan Twitter memberi peluang kepada peserta dan rakan mereka untuk memenangi langganan Digi Fibre selama 2 tahun secara percuma[3].

 

Pelanggan boleh mendaftar untuk pelan Digi Fibre dengan menyemak ketersediaan liputan di laman web Digi atau terus ke Digi Storeyang terdekat. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen JomFibre atau untuk mendaftar, sila layari https://www.digi.com.my/promotion/jomfibre


[1]Penjimatan ini dikira berdasarkan rebat RM30 selama 24 bulan untuk pelanggan yang menggabungkan pelan Digi Fibre bersama pelan Digi Postpaid 90 dan ke atas. Pengiraan ini termasuk tambahan rebat RM20 seumur hidup yang diterima oleh pelanggan Digi Postpaid 60 dan ke atas.

[2]Harga ini dikira berdasarkan harga masa terhad DF150 dengan penjimatan RM20 seumur hidup untuk pelanggan Digi Postpaid dan kemudian menggunakan rebat RM30 untuk pelanggan Digi Postpaid 90 dan ke atas.

[3] Tertakluk pada Terma dan Syarat, sila layari https://www.digi.com.my/promotion/jomfibre