Digi lancar Juara Internet Sinaranku untuk kempen Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri

Home
Press Release
April 1, 2022
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Beralih ke Digi dan nikmati promosi serta tawaran eksklusif untuk kekal berhubung semasa musim perayaan ini
  • Penjimatan dan rebat menarik ditawarkan bagi Digi Prepaid, Postpaid, Fibre dan telefon pintar

SUBANG JAYA, 1 ​​April 2022 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memperkenalkan Juara Internet Sinaranku, promosi eksklusif sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang menawarkan penjimatan serta rebat hebat untuk Digi Prepaid, Postpaid, Fibre dan telefon pintar.

Mulai hari ini hingga 31 Mei 2022, pelanggan Digi baharu mahupun sedia ada berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik yang dapat membantu menambah baik gaya hidup digital mereka selain daripada kekal berhubung sambil menyambut Ramadan dan Syawal yang penuh bermakna bersama keluarga serta rakan taulan.

Digi Prepaid 

  • Pelanggan Digi baharu yang bertukar ke Digi Prepaid dengan pelan Internet NEXT 35 boleh menikmati tambahan 5GB Internet berkelajuan tinggi secara PERCUMA selama 12 bulan, di samping Sosial Tanpa Had (Tik Tok, Instagram, Facebook, Twitter) dan kuota hotspot ekstra yang di datangi dengan ciri pembaharuan automatik yang baru diperkenalkan.

Digi Postpaid

  • Pelanggan Digi baharu dan sedia ada yang menaik taraf ke mana-mana pelan Digi Postpaid akan mendapat 10GB Internet ekstra selama 12 bulan.
  • Pelanggan baharu Digi yang melanggan Digi Postpaid 90, 120 atau 150 juga dapat menikmati rebat RM15 sebulan selama 12 bulan.
  • Pelanggan baharu dan sedia ada dapat menikmati pilihan tambahan dengan Freedom Add-Ons:-
  • Digi Postpaid 40 – pilihan untuk memilih Sosial Tanpa Had PERCUMA yang biasanya hanya ditawarkan dalam Digi Postpaid 60 dan ke atas.
  • Digi Postpaid 60 – pilihan untuk memilih Penstriman Tanpa Had PERCUMA yang biasanya hanya ditawarkan dalam Digi Postpaid 90 dan ke atas.
  • Menerusi Digi Pakej PowerJimat, pelanggan baharu boleh mendapatkan Samsung Galaxy A03s pada hanya RM69 (harga jualan yang disyorkan RM559) dengan Digi Postpaid 60 dan Vivo Y76 pada hanya RM399 (harga jualan yang disyorkan RM1299) dengan Digi Postpaid 90.
  • PERCUMA RM200 baucar GadgetFreedom Plus yang boleh diperoleh daripada aplikasi MyDigi. Pelanggan boleh menggunakan baucar tersebut untuk pembelian gajet atau telefon pintar terlaris seperti Samsung Galaxy A13, Redmi Note 11 Pro, Oppo A16 serta banyak lagi tanpa kontrak melalui Digi Official Store di Shopee Mall.

Digi Fibre

  • Pelanggan masih boleh menikmati tawaran berbaloi Digi Fibre sebanyak RM100 sebulan untuk Internet tanpa had hingga 300Mbps apabila digunakan bersama pelan Digi Postpaid yang layak. Eksklusif untuk promosi Juara Internet Sinaranku, pelanggan boleh menaik taraf ke 500Mbps dengan hanya menambah RM30 sebulan.

Digi Sahur Pass

  • Sempena Ramadan, pelanggan Digi Prepaid dan Postpaid boleh menikmati kuota Internet sebanyak 444GB pada hanya RM7 untuk membantu mereka kekal berhubung dengan pelbagai perkara penting. Sahur Pass ini boleh digunakan selama tujuh hari untuk penggunaan Internet antara jam 3 pagi hingga 7 pagi. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli lebih banyak Sahur Pass dan menikmati pulangan tunai sehingga 50 peratus.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata, “Keadaan di Malaysia yang kini memasuki fasa endemik mendorong kami untuk terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia kekal berhubung dengan pelbagai perkara yang bermakna  kepada mereka. Mengambil semangat saling memberi yang sinonim dengan bulan Ramadan dan Syawal yang sungguh bermakna ini, kempen Juara Internet Sinaranku merupakan inisiatif kami dalam membawakan tawaran terbaik Digi kepada masyarakat, dalam usaha membantu mereka mengukuhkan atau menghidupkan semula hubungan yang mungkin terputus semasa pandemik ini disamping menikmati tawaran yang berbaloi,” kata Praveen.

Pelanggan yang berminat boleh mendaftar untuk tawaran menarik ini dengan melayari Digi Store Online, mengunjungi Digi Store terdekat, Digi Store Express atau mana-mana pengedar sah Digi.

Untuk maklumat lanjut mengenai promo Juara Internet Sinaranku, sila layari https://digi.my/sinaranku.

-TAMAT-

Nota penting:

5GB Internet  ekstra adalah tambahan untuk kuota asas 30GB dan akaun prabayar perlu aktif selama 12 bulan.

10GB Internet ekstra adalah tambahan kuota asas pelan pascabayar  yang dipilih.

Tawaran sah untuk kontrak 12 bulan. Hanya bagi pelanggan yang melanggan pelan Digi Postpaid 2021 selepas 24 Februari 2021 dan tidak mempunyai sebarang kontrak.

Harga yang dinyatakan adalah termasuk rebat RM5 sebulan selama 12 bulan untuk Digi Postpaid 60.

Harga yang dinyatakan adalah termasuk rebat RM10 sebulan selama 24 bulan untuk Digi Postpaid 90.

Dengan hanya RM130 sebulan, pelanggan dapat menikmati 500Mbps Internet tanpa had Digi Fibre (harga jualan RM190) apabila digunakan bersama Digi Postpaid 90 ke atas.

Semua tawaran adalah sah semasa tempoh kempen sahaja.

Mengenai Digi

Digi merupakan penyedia perkhidmatan sambungan mudah alih dan Internet dengan seramai 10.3 juta rakyat Malaysia menikmati rangkaian maju 4G+ kami. Kami bermatlamat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan digital yang relevan, diperibadikan dan menarik yang dapat menyokong sepenuhnya gaya hidup digital pelanggan. Tersenarai di Bursa Malaysia, Digi adalah sebahagian daripada penyedia telekomunikasi global Kumpulan Telenor, dan merupakan peneraju dalam memacu amalan perniagaan yang bertanggungjawab. Untuk maklumat lanjut, layari www.digi.com.my.    

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Nur Azlyn Abdul Rahman | Telefon: +6016 336 3327 | nurabdur@digi.com.my
Anna Lee | Telefon: +6012 6800 728| digi@voxeureka.com