Digi dan rakan program Future Skills for All melancarkan cabaran pengaturcaraan untuk pelajar sekolah

Home
Press Release
September 8, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Digi dan rakan program Future Skills for All melancarkan cabaran pengaturcaraan untuk pelajar sekolah

Inisiatif #BolehCode memastikan ketersediaan generasi muda menghadapi masa hadapan digital

 

SUBANG JAYA, 8 SEPTEMBER 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) bersama rakan programFuture Skills for All (FS4A), iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),UNICEF dan ARUS Academy (ARUS) mengajak pelajar Malaysia menyertai ‘Pertandingan Pengaturcaraan #BolehCode’ yang dilancarkan baru-baru ini. Pertandingan ini, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif #BolehCode, bertujuan memupuk minat generasi muda khususnya terhadap kemahiran digital.  

 

Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori pelajar Tahun 3-6 bagi cabaran Micro:bitMakecode, dan kategori pelajar Tingkatan 1-4 bagi cabaran HTML, Python dan SQL.Para peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM20,000.

 

Pertandingan akan bermula dengan pusingan peringkat negeri dari 13 hingga 17 September 2021 dan kemuncaknya adalah cabaran peringkat kebangsaan dari 4 hingga 15 Oktober 2021. Digi,bersama rakan program FS4A, juga melancarkan Kempen Duduk Rumah iaitu siri bengkel dalam talian dan sesi temu bual bersama profesional industri untuk membimbing pelajar menyertai pertandingan ini.

 

Pelajar atau sekolah yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan cara untuk mendaftar di sini: https://arus.cc/pekmaklumat-pertandingan-bolehcode.

 

Memupuk kemahiran masa hadapan untuk generasi akan datang

Inisiatif #BolehCode bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kemahiran digital dan menggalakkan pengetahuan pengaturcaraan sebagai kemahiran asas. Antara aktiviti yang dirancang termasuklah pembelajaran ringkas pengaturcaraan di TikTok @gurufutureskills, program cuti sekolah, bengkel untuk guru, program pensijilan dan pertandingan pengaturcaraan yang disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Ketua Bahagian Kelestarian Digi,Philip Ling, berkata, “Melalui inisiatif #BolehCode, kami ingin mencetuskan minat terhadap pengaturcaraan di kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Dalam era digital ini, amatlah penting untuk  generasi muda diberi peluang yang sama untuk meningkatkan kemahiran dan ketersediaan untuk masa hadapan melalui bahan pembelajaran yang senang diakses dan intuitif. Kami berharap lebih banyak organisasi dengan aspirasi yang sama dapat menyertai kami menerusi program ini.”

 

Sejajar dengan komitmen Yellow Heart Digi terhadap ketahanan dan penyertaan digital, bahan pembelajaran serta tutorial akan disediakan untuk pelajar sekolah dan guru dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa isyarat. Selain itu, kandungan baharu bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi tahun enam akan ditambah secara progresif dalam sukatan pelajaran pengaturcaraan. Kit luar talian yang mengandungi buku-buku panduan dan video dalam pemacu pena juga akan disediakan untuk memastikan kebolehcapaian yang lebih luas untuk semua komuniti.

 

ProgramFS4A yang dilancarkan pada 2020 telah mencatatkan pendaftaran lebih 20,000 pelajar serta guru sehingga kini, dan harapan adalah agar pencapaian ini dapat diperluaskan menerusi inisiatif #BolehCode ini.

 

Mencetus minat dalam pengaturcaraan diseluruh negara

Inisiatifini dilancarkan pada bulan Julai menerusi #PerlisBolehCode dengan kerjasama  Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis. Seramai 241 guru di Perlis mengambil bahagian dalam kursus webinar selama lima hari yang merangkumi bengkel pengaturcaraan menggunakan Micro:bit dan membina laman web menggunakan HTML.

 

Bercakap pada pelancaran#PerlisBolehCode, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Encik Naharudeen bin Othman, menekankan kepentingan menerapkan pengetahuan pengaturcaraan dalam kurikulum pendidikan. “Kita perlu menjadikan pengaturcaraan sebagai bahasa pembelajaran baru dan kita perlu sedar akan kepentingan mempersiapkan pelajar sekolah untuk menghadapi masa hadapan. Usaha ini perlu dimulakan awal, maka persediaan yang diperlukan seperti latihan guru serta bahan pembelajaran intuitif harus disediakan supaya berjaya membuahkan hasil. Saya menyeru kepada semua guru dan pelajar di Perlis untuk menguasai bahasa pengaturcaraan dan meningkatan kecekapan dalam bidang ini. Kemahiran tersebut penting dalam pembangunan modal insan di samping menyumbang kepada pertumbuhan sektor ekonomi utama di Perlis dan Malaysia pada masa hadapan.”

 

FS4A merupakan sebahagian daripada kerjasama global Telenor Group bersama UNICEF, bertujuan mempersiapkan pelajar sekolah di Malaysia dengan kemahiran digital melalui pelbagai inisiatif. Menerusi program ini, Digi telah mengedarkan kit permulaan micro:bit ke 132 Pusat Internet Komunitinya di seluruh negara pada tahun lalu untuk memperluaskan peluang pembelajaran digital buat pelajar sekolah daripada komuniti yang kurang diberi perhatian.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai program Future Skills for All oleh Digi, layari    http://futureskills.moe-dl.edu.my/.