Digi dan OPPO bekerjasama untuk meningkatkan pengalaman pembelian buat pelanggan menerusi OPPO Hub

Home
Press Release
August 23, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Digi dan OPPO bekerjasama untuk meningkatkan pengalaman pembelian buat pelanggan menerusi OPPO Hub

·        Pusat sehenti bagi semua produk OPPO di Digi Store seluruh negara

·        Telefon pintar terbaharu OPPO; OPPO Reno6 dan OPPOReno6 Z, kini boleh didapati melalui Digi PhoneFreedom 365 dengan harga menyeluruh daripada RM130 sebulan

 

SUBANG JAYA, 23 OGOS 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) berkolaborasi dengan OPPO Malaysia untuk membangunkan “OPPO Hub” di 29 Digi Store di seluruh Malaysia. Langkah ini sejajar dengan komitmen Digi dan OPPO untuk memperkayakan pengalaman pembeli daripada kedua-dua jenama tersebut.

 

OPPO Hub membawakan pelbagai seleksi telefon pintar OPPO yang terkini, peranti serta aksesori yang menggunakan Internet Pelbagai Benda (IoT) dan juga merupakan pusat sehenti yang membolehkan pelanggan untuk mencuba dan menilai produk sebelum membuat sebarang keputusan pembelian. Tambahan lagi, apabila sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, pelanggan boleh mendapatkan khidmat Digi Store Expert untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk OPPO.

 

Ketua Pegawai Jualan Digi, Cheng Weng Hong berkata, “Kami sentiasa mencari pelbagai cara baru untuk meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan, justeru itu kami amat berbesar hati dengan pelancaran OPPO Hub yang dapat memberikan pengalaman pembelian secara 360° buat pelanggan. Kami percaya, pengetahuan yang baik mengenai peranti yang diinginkan mempunyai pengaruh besar dalam cara pelanggan berfikir atau merasai tentang sesuatu produk dan jenama, di samping membantu mereka membuat keputusan pembelian. Selain itu, kerjasama dengan OPPO ini juga memberi peluang kepada pelanggan Digi untuk memiliki peranti 4G dengan mudah sebelum penamatan perkhidmatan 3G yang bakal dilaksanakan pada31 Disember 2021.”

 

Naib Presiden OPPO Malaysia, Garry Gong berkata, “Sebelum ini, pembelian di kedai lazimnya didorong oleh keperluan semata-mata. Hari ini, sesuatu pembelian itu didorong dengan penemuan dan perasaan keterujaan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Melalui Digi, kami dapat merealisasikannya dengan kewujudan ruangan dalam kedai, yang dirancang teliti demi membawakan pengalaman yang menyeronokkan, eksklusif bagi pengguna OPPO yang berurusan di Digi Store. Ini termasuk dengan menyediakan ruang yang membolehkan pengguna memaksimumkan penggunaan peranti melalui tunjuk ajar khas yang diperibadikan mengikut keperluan mereka oleh pekerja Digi Store.”

 

Dapatkan peranti OPPO melalui Digi PF365

Untuk meraikan pelancaran OPPO Hub, pelanggan Digi kini dapat memiliki OPPO Reno6 dan OPPO Reno6 Z terbaharu dengan Digi PhoneFreedom365. Pelanggan boleh menikmati harga menyeluruh bagi peranti dan pelan bermuladaripada RM130termasuk dengan 0% bayaran pendahuluan dan pelan ansuran tanpa faedah selama 24bulan apabila mereka melanggan Digi Postpaid 60 ke atas.

 

Di samping itu, pelanggan juga akan menikmati internet berkelajuan tinggi dengan akses menyeluruh dan rebat pelan sehingga RM480 ​​apabila mendaftar. Pelanggan yang berminat boleh membeli telefon pintar OPPO melalui Digi Store Online (DSO).

 

Dilancarkan pada awal bulan ini, pakar potret OPPO Reno6 dan OPPO Reno6 Z menampilkan beberapa kemampuan dalam merakam potret yang menakjubkan dengan menangkap setiap emosi, dalam potret, seperti potret suar bokeh, video pengindahan potret dan penjejakan fokus.

 

Digi juga akan mengadakan penstriman langsung di Facebook untuk meraikan pelancaran telefon pintar OPPO Reno6 pada 25 Ogos 2021 (Rabu) jam 8.00 malam. Semasa sesi interaktif tersebut, penonton dapat berinteraksi dengan hos kegemaran mereka Elizabeth Tan, Adam Lobo dan Shahzeeq daripada BeautifulNara, serta berpeluang untuk memenangi hadiah menarik, antaranya tiga unit OPPO Reno6, alat steril mudah alih dan baucar eksklusif daripada Digi.

 

Selain itu, OPPO juga akan memberikan kod promoRM100 bagi sebarangpembelian OPPO Reno6 Z atau OPPO Reno6 melalui Digi Store Online (DSO), eksklusifuntuk pengguna OPPO. Kod promo tersebut boleh ditebus melalui aplikasi MyOPPO, yang tersedia di semua peranti OPPO.

 

Layari https://www.facebook.com/digi untuk mengikuti sesi penstriman langsung yang akan dihoskan di laman Facebook rasmi Digi.